Syarikat Emas Syogeh Enterprise (ESE) adalah syarikat Bumiputera sepenuhnya. ESE hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar ESE (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama ESE untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.

Sunday, January 30, 2011

TEKNIK BELI EMAS FORMULA 30% 70%.

Jika sekali dengar, teknik beli emas formula 30% 70% seakan-akan modul operandi Et**a Emas. Setelah saya teliti, teknik ini sebenarnya hanya sesuai dengan Pengedar Emas/ Agent Emas/ Peniaga Emas. Teknik ini tidak sesuai dengan pelabur emas yang tidak berniaga emas.
Saya dapati sebilangan kecil pengedar emas **p sdn bhd kurang pengetahuan dan kurang pengalaman membuat gadaian emas. Saya pernah didatangi oleh agent ini. Saya cuma menjadi pendengar setia sahaja namun di dalam hati saya, teknik yang diterangkan oleh beliau tidak sesuai untuk semua orang. Mungkin mereka ini hanya mengejar insentif yang besar tanpa memikirkan kesannya kepada pelanggan mereka.
Untuk menjadi peniaga emas, pengedar emas, saudagar emas, ilmu emas mesti penuh di dada. Pengalaman membezakan setiap pengedar emas di luar sana.
Kongsi ilmu emas bersama saya dan rakan niaga ESE JEWELLERY999.

No comments:

Post a Comment