Syarikat Emas Syogeh Enterprise (ESE) adalah syarikat Bumiputera sepenuhnya. ESE hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar ESE (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama ESE untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.

Tuesday, March 29, 2011

BAGAIMANA NAK MELABUR EMAS FIZIKAL JIKA ANDA MEMILIKI BRG KEMAS LAMA?


Salam emas buat semua.

Saya didatangi pelanggan yang bertanya bagaimana hendak melabur emas 999 jika mereka sudah memiliki barang kemas lama 916.

Jawapannya mudah.

Anda mempunyai pilihan samada
1. menjual emas lama anda untuk membeli emas 999 yang baru.
2. membuat gadaian semua emas lama anda. Kemudian, tunai yang anda terima drp gadaian tadi di gunakan untuk membeli emas 999 yang baru.

Jika ditanya, mana satu pilihan yang baik?

Jawapan saya adalah pilihan yang kedua. Sebabnya, jika anda menjual emas lama anda kehilangan emas anda secara fizikal dan anda rugi 30% nilai semasa emas lama anda.

Selamat melabur emas 999.