Syarikat Emas Syogeh Enterprise (ESE) adalah syarikat Bumiputera sepenuhnya. ESE hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar ESE (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama ESE untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia.
ESE tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.

Sunday, January 30, 2011

PENYIMPAN & PELINDUNG KEKAYAAN TERBAIK...

Semua pelabur emas sedar dan tahu bahawa emas adalah penyimpan & pelindung kekayaan. Emas ada pelbagai bentuk samada jongkong, syiling emas, dinar, barang kemas dsb.

Persoalannya, manakah yang terbaik?

Jawapannya adalah jongkong emas 999.9. Bentuk fizikalnya leper (flat) dan tidak kembung. Dinar dan syiling emas juga baik. Namun yang membezakannya adalah kualiti gred emas.

Namun begitu, barang kemas tetap emas pelaburan terbaik dari segi kecairan. Mudah digadai dimana-mana sahaja tanpa masalah.

TEKNIK BELI EMAS FORMULA 30% 70%.

Jika sekali dengar, teknik beli emas formula 30% 70% seakan-akan modul operandi Et**a Emas. Setelah saya teliti, teknik ini sebenarnya hanya sesuai dengan Pengedar Emas/ Agent Emas/ Peniaga Emas. Teknik ini tidak sesuai dengan pelabur emas yang tidak berniaga emas.
Saya dapati sebilangan kecil pengedar emas **p sdn bhd kurang pengetahuan dan kurang pengalaman membuat gadaian emas. Saya pernah didatangi oleh agent ini. Saya cuma menjadi pendengar setia sahaja namun di dalam hati saya, teknik yang diterangkan oleh beliau tidak sesuai untuk semua orang. Mungkin mereka ini hanya mengejar insentif yang besar tanpa memikirkan kesannya kepada pelanggan mereka.
Untuk menjadi peniaga emas, pengedar emas, saudagar emas, ilmu emas mesti penuh di dada. Pengalaman membezakan setiap pengedar emas di luar sana.
Kongsi ilmu emas bersama saya dan rakan niaga ESE JEWELLERY999.

BERHATI-HATI DENGAN TEKNIK & ILUSTRASI PAJAK GADAI.



Emas bukan untuk digadai semata-mata. Gadaian biar bertujuan seperti membuat pelaburan tertentu, perbelanjaan pelajaran dsb. Ramai di luar sana tersepit dengan teknik & ilustrasi gadaian yang kurang bijak.

TENTUKAN KEUNTUNGAN ANDA SENDIRI. BUKANNYA PIHAK KETIGA.


Jangan biarkan pihak lain mengawal anda dalam perniagaan.
Anda BOSS kepada perniagaan anda.
Perniagaan anda, dalam kawalan anda.

KELEBIHAN PEGANGAN BARANG KEMAS.


Terdapat pelbagai gred ketulenan barang kemas di pasaran. Namun begitu, barang kemas terbaik adalah dari gred 999. Barang kemas di terima semua arrahnu tanpa sebarang masalah. Kecairannya sangat mudah. Miliki barang kemas 999 sebagai salah satu portfolio anda.

SURAT PAJAK GADAI - MARHUN DINAR 999.9


Dinar 999.9 diterima di pajak gadai sebagai emas gred 999.

Friday, January 28, 2011

Selamat datang ke ESE JEWELLERY999.


Assalamualaikum...
Salam emas buat semua pelawat blog.
Kami mengalu-alukan pelanggan :
1) Pembeli individu.
2) Peniaga dan saudagar emas.
3) Rakan niaga dan agent yang berminat menyertai rangkaian ESE JEWELLERY999.
Kami menerima tempahan di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya secara terus di talian 010-7985 916.
Layari http://jewellery999.blogspot.com
Terima kasih.

Kelebihan Rakan Niaga & Agent ESE JEWELLERY999


1. Komisen sangat menarik.
2. Urusniaga cepat. Komisen anda diberi secara terus. Tidak perlu tunggu 30hari.
3. Produk dijamin dari segi ketulenan gred emas 999.
4. Bimbingan akan diberi dari semasa ke semasa.

Wednesday, January 26, 2011

KELEBIHAN BARANG KEMAS 999.


Assalamualailum.
Salam pengenalan daripada Emas Syogeh Enterprise (ESE). ESE menjual barang kemas kualiti 999. Di pasaran, untuk mendapatkan barang kemas gred ini amat sukar kerana peniaga emas lebih tertumpu kepada barang kemas gred 916.

Kelebihan menyimpan barang kemas 999 ;

1) Cantik - warna kuning keemasan.(barang kemas 999 berwarna kuning keemasan dan berkilau berbanding barang kemas 916 yang berwarna kuning kemerahan).

2) Gred kualiti barang kemas terbaik berbanding barang kemas 916.

3) Berat barang kemas 999 lebih padu berbanding barang kemas 916.

4) Mudah ditunaikan (Dipajak).
Diterima oleh semua bank rakyat arrahnu seluruh Malaysia, Agro Bank Arrahnu, Yapeim, koperasi-koperasi Arrahnu dan semua kedai-kedai pajak gadai.
Mudah tunaikan berbanding jongkong emas dan dinar emas yang hanya diterima oleh arrahnu tertentu sahaja.


ESE menawarkan harga yang menarik. Jauh lebih murah berbanding kedai emas. Tiada 'upah tukang' dikenakan bagi setiap produk. Anda boleh bandingkan harga kami.

Produk barang kemas ESE terdiri daripada :
1) Rantai tangan pasir padu.
2) Rantai tangan gajah padu.
3) Rantai leher gajah padu.

*harga mengikut berat setiap item.

Sila hubungi Admin di talian 010-7985 916 untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.